PENGENALAN

Kolej Komuniti Padang Terap (KKPT) merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KKPT ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Pada peringkat permulaan, KKPT menawarkan 2 (dua) kursus sepenuh masa iaitu Sijil Sistem Komputer Dan Rangkaian dan Sijil Teknologi Elektrik. 

Pada Tahun 2010, Sijil Modular Kebangsaan telah diperkenalkan bagi menggantikan kursus sepenuh masa yang mana sijil modular ini memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan setaraf dengan institusi pengajian yang lain.  Ia adalah ilham YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan Bajet 2011 bagi membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat setempat melalui Latihan 1Malaysia.

Kolej ini juga akan memperhebatkan dan mempelbagaikan lagi tawaran Kursus Jangka Pendek bagi menarik minat lebih ramai masyarakat setempat mengambil bahagian dalam pembelajaran sepanjang hayat. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak seharusnya melepaskan peluang untuk meningkatkan dan menambahkan pengetahuan bagi memperbaiki taraf kehidupan dan menjana peningkatan taraf ekonomi masing-masing.